LET ME TELL YOU SOMETHING! LET ME TELL YOU SOMETHING! LET ME TELL YOU SOMETHING!

Pergi by Aizat Amdan

Saturday, 11 January 2014

Hati Tempat Terjatuh Pandangan Tuhan



SEKADAR GAMBAR HIASAN
..........

Di zaman Nabi Musa a.s. ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri. Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa a.s. sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa a.s. Katanya’ “ Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku.”

Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan niatnya itu. Dia berkata, “Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama seorang nabi.” Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid berlari-lari anak mengejar Nabi Musa a.s. dari belakang. Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata di dalam hatinya, “Baik aku berjalan bersama di abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku.”

Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya, “Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku.”

Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa a.s.

Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, “ Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan kamu telah dimansuhkan oleh Allah.” Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi. Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.

Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.

Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah. Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.

Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tetapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasa bahawa Allah itu Tuhannya.


kredit to: Blog Tok Wan

MENUNGGU HARI!

SALAM ALLAYKUM!
Warga blogger!
Harap-harap sihat la semua gamaknya.
Aku nie makin hari makin bam bam cike cike boom!
Hhaha.pasal apa?
Pasal kuat makan la.
Ada duit sikit makan. ada duit sikit makan. 
Mana tak naik badan.hihih.
Sbenarnya perkara di atas tiada kaitan dengan tajuk di atas lagi.
hihihi(berbelit-belit)
Dan sebenarnya tak sabar nak menunggu detik alam 19 tahun. 
Okey, aku da nak masuk 19 tahun.
Maksud aku bukan nak menempuh alam19 tahun. tapi tak sabar nak dapat hadiah dari family.(kalau ada la)
hihihi
"Da besar pon nak hadiah"
Mestilah nak hadiah. siapa tak nak hadiah? best tau dapat hadiah.
Lagi-lagi daripada orang yang kita sayang(teetttttt)
Okey. itu sahaja entry kali ni. 
Kepada pembaca ....
KITA NAK HADIAH!
hihihi. bye.
SALAM ALAYKUM!

Thursday, 2 January 2014

MESIR BERDARAH FAKTA#1

SALAM ALAYKUM. Di sini aku ingin berkongsikan seba sedikit mengenai peperangan yang berlaku di Mesir sekitar 2013. Pergolakan yang sedang berlaku di Mesir pada hari ini adalah kesan langsung daripada rampasan kuasa oleh pihak tentera, yang diketuai oleh Jeneral Abdul Fatah As-Sisi ke atas Presiden muhammad Mursi yang digulingkan pada 3 Julai 2013 yang lalu. Sebagai tindak balas, para penyokong Presiden Mursi mengadakan protes dan tunjuk perasaan secara aman di seluruh Mesir, namun fokusnya adalah di Kaherah(Cairo), Mesir.

Penggulingan Presidan Mursi dilihat oleh banyak pihak sebagai haram dan tidak sah, sementelah beliau telah memenangi pilihan raya Mesir secara adil dan saksama, apabila memperoleh hampir 52% daripadaundi rakyat Mesir, Ironinya, sebahagian mereka yang mengadakan demostrasi untuk menjatuhkan Presiden Mursi adalah mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang demokrasi.

Jadi sampai di sini saja. Kalau umur panjang . Aku post entry MESIR BERDARAH FAKTA#2. Nantikan. Jangan lupa Follow and Comment.

SALAM ALAYKUM~

Wednesday, 1 January 2014

Menanti di Barzakh

Post yang lepas cerita pasal kenangan aku yang aku masuk nasyid.
Kali nie aku nak share dengan korang semua pasal lagu nasyid yang aku suka.
hihihi. Tajuk die seperti di atas. [Menati di Barzakh]. Lagu ni di popularkan oleh Far-East.
Lagu die agak memeremangkan bulu roma akulah. Tak tau la korang.
Korang rasa?
Cer comment!
Jom layan!
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 

Perjalanan Rohku, 

Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda, 
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh, 
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan, 
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah, 

Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,

Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,

Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,

Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,

Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,

Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Kenangan OH Kenangan!

SALAM ALAYKUM!
HAH!
Bersua lagi kita kali ni.
Hari ni entry nak cerita pasal kenangan aku.
Kenangan waktu sekolah dulu-dulu.
Aku ni bukanlah atelit sekolah, jaguh sekolah, mahupun harapan sekolah.
(merendah diri jap) hihihi
Tapi adalah jugaklah kenangan dekat sekolah.
Sekolah rendah.
Okey.
Dulu aku sekolah rendah dekat SEKOLAH KEBANGSAAN POLIS DEPOT.
OKEY.
Jangan kutuk nama sekolah aku.
Sebab apa DEPOT?
Mungkin sebab dekat dengan PUSAT LATIHAN POLIS(PULAPOL) kot.
HUH!
Bangga aku tau. Kau ada?
hihih
Okey. Dari tadi duk membebel. Sekarang ni nak bercerita pulak pasal kenangan tu.
Aku dulu pernah la wakil sekolah untuk nasyid.
(Jangan ketawa ok)
Sebab apa boleh jadi wakil?
Sebab waktu kecik-kecik aku suka menyanyi.
hahaha
Macam biasa la, kalau nak jadi wakil sekolah mesti kena audition dulu.
So, pergilah.
Kenalah nyanyi depan cikgu ngan kawan-kawan.
Masa kecik-kecik tak malu pon.
Tapi bila dah besar, nak lalu depan orang pon segan.
Tapi, Tak apalah.
`Malu itu perisai orang beriman`
hihihi
Then waktu audution tuh nyanyilah lagu nasyid sekolah tuh jugak.
Nyanyi punya nyanyi, then cikgu tu nak aku jadi solo pulak.
Aduhh! Cikgu TAK NAK!
Nasib baik ada kakak tuh suara dia lagi sedap daripada aku. hihihi
So aku jadi back up singer jer la kat belakang. hihihi
Pape pon waktu tu memang bestlah. Sebab yang ajar tuh abang sekolah menengah kat sebelah sekolah aku. 
Suara die mmang best. Nak tau siapa?


Hah!
Dia nielah. Kenal tak?
Nama dia Faisal. Dia pernah masuk AF-6.
hihihi
Pape pon memang best la waktu sekolah rendah.
Then lagi satu kenangan bila AKU MASUK PERTANDINGAN BERCERITA.
hahaha
Yang ini lawak.
Satu hari tu ada cikgu tanya dalam kelas.
"Ada sesiapa tak nak masuk pertandingan bercerita?"
Kelas aku ramai jugaklah yang masuk.
Aku pon apa lagi. Tulislah nama. Dalam hati. Apa salahnya mencuba?
Then pilihlah cerita. Aku dah tak ingat apa tajuk cerita dia.
Lepas itu, practiselah.
Practise punya practise tibalah hari pertandingan.
Start tu mulalah berdebar.
So, bila nama aku kene panggil jer. Aku naik jer la(padahal lutut dah berketaq-ketaq)
Naik jer atas pentas cerita yang nak di sampaikan terus lost. Hilang melayang entah kemana sebab tengok penonton ramai sangat.
hahaha!
Lepas tuh cikgu tanya.
"Awak boleh teruskan tak nie?"
Aku pon apa lagi. TERUS GELENG.
hahaha.
 Lawakkan . Aku boleh gelak guling-guling bila ingat balik cerita zaman sekolah. 
Jom nyanyi sikit lagu nasyid tuh. Lagu nie kompom korang tak pernah dengar sebab lagu nie abang yang kat atas tadi tuh reka sendiri. Ada 2 lagu. Tapi aku post satu je la. Malas nak menaip. hihihi

Wahai pelajar muda belia, 
wahai pelajar gagah perkasa.
Mari membina seiring bersama,
mari membina seiring bersama.
Sebuah negara maju seejahtera, 
sebuah negara maju sejahtera.

Islam menyeru tuntutlah ilmu, 
walaupun jauh ke negeri China.
Ilmu membentuk remaja cemerlang, 
menuju teras wawasan negara.
Menuju teras wawasan negara.

Sekian Terima Kasih
~SALAM ALAYKUM~