LET ME TELL YOU SOMETHING! LET ME TELL YOU SOMETHING! LET ME TELL YOU SOMETHING!

Pergi by Aizat Amdan

Tuesday, 16 January 2024

New Office New Environment

 Assalamualaikum semua,

*Eh kerap pulak aku menghupdate belogggg ni yerr

Al-Maklumlahhh, office dah berpindah. Bukan tukar kerja yerr, masih kerja sama, hadap benda sama, hadap orang yg sama.

Cumanyaaaa, office aku dah berpindah ke tingkat atas. Which is aku kena naik turun tangga setiap hari.

Huh!! Sudahlah kaki ni tak berapa nak teguh 😂 Tapi tak apa, kita okay jee.


Meh nak bisik sikit **asalkan jauh dari boss. hehehe 

Tak ada lah jauh sangat, bilik boss aku sebelah bilik aku jee ni. Cumanya tak adalah boss aku boleh nampak apa yang aku buat kat PC aku ni. hehehe. [Tenang sikit....]

Tapi yang awkwardnya, aku berkongsi bilik dengan staff lelaki yang lain 😖 Tapi jangan risau diorang semua baik2 dan dah kawen pon memasing. Huhhhhh!!!

Alhamdulillah tempat sekarang jauh lagi baik dari sebelum ni 'sebab aku duk depan air-cond 😁 dan lebih strategik berbanding dulu

Cuma tuh lahhh, aku paling trauma kalau jumpa tangga. Bukan trauma apa pon, cuma anti sikit dengan tangga. Sebab penat nak memanjat. Confirm lepas dah naik, aku tak turun2 dahh 😎


Eh macam panjang pulak aku membebel. Just nak buat kenangan je menaip kat belogg ni. Mana tahu, 5 tahun lagi aku baca boleh gelak guling2 ke kan? 😅


Adiossss, bubye 💗


Assalamualaikum.


Saturday, 13 January 2024

Azam Setiap Tahun [2024]

 Salam Alayk..

Fuhhh, berdebu bhaiii blog ni 😪 Lama benorrr tak hupdate disini yerr. Korang apa cerr? Harap sehat belako yooo. (macam tulis kad ucapan raya pulekk)

Alhamdulillah dah masuk 1 Rejab 1445H dah hari ni. Masih belum terlambat untuk korang cipta azam n impian korang untuk korang capai tahun ni. 

Jump to the point. Apa azam tahun baru korang? Azam ni penting tau awak2 semua. Setiap tahun korang kena ada azam baru dan cuba perbaiki azam lama korang setiap tahun :)

Dah ada azam, opkos korang atleast cuba untuk capai. Jadikan azam korang sebagai KPI dalam hidup korang [ingat kerja je ada KPI?] 📈

Aku selitkan tips sikit untuk korang. Harap membantu

Tips:- SILA TULIS AZAM KORANG, TAK KISAH DALAM DIARY KORANG OR BUKU CONTENG KORANG. (Fuhh! Habis capslock dah ni)

Iye weii. Tips ni sangat berguna. 5 tahun dari sekarang kalau korang belek balik diary kau then tengok azam kau satu2, kau akan bangga sebab ada azam korang yang dah tercapai [dengan izin Allah]. Sebab aku dah alami (serius aku sebak bila belek balik) InsyaAllah Allah bantu 😭

Azam ni boleh je korang nak capai dari segi dunia or akhirat [hidup biar seimbang dikk!]

Ustaz cakap cuba cari 1 amalan yang korang boleh jadikan amalan dan konsisten untuk buat. Cuba cari 1 doa yang korang akan sentiasa baca dan lazimi. Hidup kita ni kena ada 1 peningkatan.

Bagi aku "Jadilah HERO untuk diri sendiri"

Siapa lagi yang nak selamat kan diri kita kalau bukan kita sendiri kan? *acah macam bagus jek aku nih 😂

Rasa macam dah banyak sangat aku bebel dah ni. Harapnya tahun 2024 akan ada perubahan dalam hidup kita yang lebih baik. Even kalau ada hanky panky pon harapnya kita dapat urus dengan cemerlang lah. Good luck korang. Fighting !!

Monday, 18 May 2020

Tips Simpanan Bijak

Salam 25 Ramadhan :)

Hari ni Allah gerakkan hati aku untuk tulis kat blog ni. Aku tak reti sangat nak bagi nasihat. Tapi ambillah sebagai pengajaran yer. Aku tau benda ni basic kehidupan je, dan aku percaya ramai orang dah tau. Cuma belum sempat praktikalkan.

Aku paham, musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni ramai yang pening kepala pikir pasal budget keluarga terutama pekerja swasta. Nak-nak dah nak dekat raya ni. Ada yang dapat gaji full, Alhamdulillah, ada yang dapat gaji separuh, ada yang tak dapat gaji langsung, ada jugak yang kena buang kerja (*hugs for all ❤️).

Aku tau memang perit tak ada duit, lagi2 yang banyak tanggungan dan komitmen. Tahun ni ada orang yang beraya macam biasa, ada orang yang beraya sederhana dari tahun lepas, ada juga yang tak kesah pon pasal raya. Sebab apa? Sebab pikir budget punya pasal. Nasih baik tak boleh rentas negeri, kalau balik kampung mau makan modal jugak tuhh.

Panjang pulak intro.

So, hari ni aku nak sentuh sikit pasal Pengurusan Kewangan. Tak kesahlah untuk diri sendiri atau keluarga. Biasa, orang nak dekat raya pening kepala (terutama ketua keluarga). Dan sentiasa harapkan bonus daripada boss. Ini amalan tidak sihat yer teman-teman.


Donald Duck Money GIF - Find & Share on GIPHY


1) Plan Budget @ Simpanan untuk setahun.

Ini sekadar cadangan untuk kawan-kawan. Sepatutnya kita kena buat saving sebelum raya lagi. Setiap tahun, sebelum masuk tahun baru dah kena rangka simpanan @ plan budget korang. Dan ini yang aku amalkan setiap tahun. So, aku tak harap sangat dapat bonus (mengharaplah jugak). So, tahun lepas raya aku meriah sikit. Simpanan aku teruskan simpan (tak usik), bonus aku enjoy. Nak enjoy lebih, tariklah duit simpanan (sikit, jangan lelebih). HAHAHA.

2) Hati kena cekal, kuat, tabah dan sabar.

Kau ingat senang ke nak tahan hati tahan mata, tengok benda yang kau nak beli tapi dalam masa yang sama kena saving jugak. Perit bohh!!! Alhamdulillah, nafsu membeli aku tak kuat sangat (untung siapa dapat aku. HAHAHA) Pendirian aku, daripada beli benda lain, baik aku saving. Kalau korang nak tau, aku belanja mewah time RAYA SAHAJA!! Time raya tuhlah aku akan beli barang yang aku rasa nak beli. Kakak-kakak aku pun dah paham perangai aku.

3) Pastikan ikut plan budget yang dirancang.

Ini gunanya plan budget korang. Untuk pastikan korang follow betul2, korang kena senaraikan segala komitment korang TERMASUK SAVING YANG DIRANCANG. Contohnya, korang nak raya dengan RM1,000 dalam tangan, so berapa kena saving sebulan? Giteuwww je. Kalau ikut plan saving aku, memang gila extreme. Tapi, bila time 'harvest' nanti memang masyuklah. Ikutlah korang, kalau nak lebat sikit tahanlah nafsu berbelanja mewah tuhh.

4) Buat kira-kira kalau nak tambah komitmen.

Aku ada kisah benar nak share pasal kawan aku. Setiap bulan memang boros, selalu tak cukup duit. Dia minta pendapat aku untuk tambah komitmen (Motor). Aku cakap okay je, lagipon memang keperluan dia nak g kerja naik motor. Tapi yang tak okaynya, bayaran bulanan motor yang dia nak amik tuh tinggi weiii. Sampai RM350 sebulan. Sampai bergaduh jugaklah berbincang benda alah ni. Aku memang 100% tak setuju bila dia insist jugak nak amik motor tuh. Sekarang, motor tuh selalu rosak. Paham2 jelah motor mahal, maintanance mesti tinggi babe. Musim PKP ni, motor tuh dah berapa bulan tak bayar. Surat tarik motor dah keluar. Aiyooo.

5) Tolong jangan suka berhutang.

Tak kisah dengan orang ke dengan Bank ke. TOLONG JANGAN! Ini salah satu perangai aku jugak. Aku sangat tak suka berhutang. Kalau sesak sekali pon, biar kau sorang je tau. Orang lain tak boleh tau. Aku  pegang tuh sampai sekarang. Nak beli motor pon bertahun aku kumpul duit nak bayar downpayment motor. Bagi aku, downpayment biar tinggi, bulan2 tak adalah aku sesak nak bayar. Tempoh bayaran pon tak lama, 2 tahun je. Alhamdulillah, dah 2 bulan aku bayar motor walaupun time PKP ni.

***
Dan yang paling penting dalam plan korang kat atas tuh, sentiasalah bergantung harap 100% pada Allah. Tak guna jugak kalau kita saving, asyik bocor je dikemudian hari ataupun time nak harvest tetiba kena bayar itulah, inilah, eh memacam pulak nak kena bayar. Lepas korang dah usaha, serahkan 100% pada Allah. Dan percaya pada rezeki yang Allah bagi, belum bagi dan tak bagi.

Bagi aku, kalau kita dah usaha tapi tetap tak dapat, anggaplah diri sendiri ada salah kat mana2, mungkin doa kita tak cukup kuat, atau mungkin jugak Allah ada perancangan yang lagi baik daripada kita untuk kita. Allah Sebaik-baik Perancang.

Dan semua yang tertulis diatas hanyalah cadangan aku. Mana yang baik, boleh ikut, mana yang buruk, biar kat situ. HAHAHA

Stay Safe, Stay Healthy, Stay At Home. Kita jaga kita.

Wallahu 'Alam

Lots of love ❤️
Zura