Salam Alayk..
Fuhhh, berdebu bhaiii blog ni 😪 Lama benorrr tak hupdate disini yerr. Korang apa cerr? Harap sehat belako yooo. (macam tulis kad ucapan raya pulekk)
Alhamdulillah dah masuk 1 Rejab 1445H dah hari ni. Masih belum terlambat untuk korang cipta azam n impian korang untuk korang capai tahun ni.
Jump to the point. Apa azam tahun baru korang? Azam ni penting tau awak2 semua. Setiap tahun korang kena ada azam baru dan cuba perbaiki azam lama korang setiap tahun :)
Dah ada azam, opkos korang atleast cuba untuk capai. Jadikan azam korang sebagai KPI dalam hidup korang [ingat kerja je ada KPI?] 📈
Aku selitkan tips sikit untuk korang. Harap membantu
Tips:- SILA TULIS AZAM KORANG, TAK KISAH DALAM DIARY KORANG OR BUKU CONTENG KORANG. (Fuhh! Habis capslock dah ni)
Iye weii. Tips ni sangat berguna. 5 tahun dari sekarang kalau korang belek balik diary kau then tengok azam kau satu2, kau akan bangga sebab ada azam korang yang dah tercapai [dengan izin Allah]. Sebab aku dah alami (serius aku sebak bila belek balik) InsyaAllah Allah bantu 😭
Azam ni boleh je korang nak capai dari segi dunia or akhirat [hidup biar seimbang dikk!]
Ustaz cakap cuba cari 1 amalan yang korang boleh jadikan amalan dan konsisten untuk buat. Cuba cari 1 doa yang korang akan sentiasa baca dan lazimi. Hidup kita ni kena ada 1 peningkatan.
Bagi aku "Jadilah HERO untuk diri sendiri"
Siapa lagi yang nak selamat kan diri kita kalau bukan kita sendiri kan? *acah macam bagus jek aku nih 😂
Rasa macam dah banyak sangat aku bebel dah ni. Harapnya tahun 2024 akan ada perubahan dalam hidup kita yang lebih baik. Even kalau ada hanky panky pon harapnya kita dapat urus dengan cemerlang lah. Good luck korang. Fighting !!
No comments:
Post a Comment