LET ME TELL YOU SOMETHING! LET ME TELL YOU SOMETHING! LET ME TELL YOU SOMETHING!

Pergi by Aizat Amdan

Tuesday, 31 December 2013

Aku Paling Pantang!

Aku paling pantang. Pantang apa?
Paling pantang kalau orang merosakkan alam sekitar.
Merosakkan alam sekitar bukan yang dok tebang-tebang pokok tuh!


Bukan yang buang dalam sungai tuh!


Dan bukan pula yang dari kilang!


Yang itu memang orang yang tak ada otak nak fikir.
TAPI!
Sedar tak you olls?
Dalam kita tak sengaja pon kita dah mencemarkan alam sekitar a.k.a merosakkan alam sekita.
Apa dia?
Meludah tak kena tempat!


Buang sampah merata-rata!


 Walaupun dah ada sign.


Masih lagi nak buang sampah.
dah siapa pila yang nak bersihkan?

tau la kat MALAYSIA nie ada MAJLIS PERBANDARAN.
tapi tak semestinya ia menjadi lesen untuk you olls nak buang sesuka hati.
HAH!
Terasa?
Bagus. Maksudnya you olls pon melakukannya.
Apa salahnya kalau kita buang sampah dalam tong sampah?
Kalau nak meludah tuh carilah tandas?
Tak susahkan?
Jadi
Marilah sesama kita pelihara alam sekitar.
Bukankah?
`MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT`
dan
`KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN`
Renung-renungkan da selamar beramal.




Surah Al-Ma'un


[107:0] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[107:1] Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
[107:2] Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
[107:3] Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
[107:4] (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang –
[107:5] (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya,
[107:6] (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),

[107:7] Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

Sunday, 29 December 2013

Kemelut Melanda!

HUJAN! HUJAN! OH HUJAN!
Seram pulak kita tengok universiti kita nie BANJIR.
Diulangi sekali lagi.
BANJIR.
Tak tau la nak cerita macam mana. Cepat gila air naik.
Hujan mula turun dari pukul 1 petang. Tapi tak la hujan lebat sangat. 
Ingat tak jadi pape la.
Budak blok aku boleh lagi main hujan n lumpur belakang blok nie.
Start dari pkul 3 lebih tuh, hujan start lebat
Dalam pukul 5 tuh air kat belakang blok sudahh naik.
~soryy gambar tal dapat update~
`tapi ini kisah benar`hihihi
Da la belakang blok nie ad sungai sebab tu air cepat jer naik.
Dalam hati TUHAN saja yang tahu kebimbangan yang dialami.
Lepastu telefon pulak kakak. Kakak pesan jangan turun takut pape jadi.
Lepastu tengok pulak budak aras bawah kelam kabut selamatkan barang-barang mereka 
daripada terkena air banjir.
Dalam hati kesian tapi 
sorry KAWAN.
Bukan tak nak tolong.
Kakak tak bagi nak turun.Dalam pkul 6.20 petang tadi barulah hujan mula reda.
Banjir pun mula surut. Pape pun bersyukur ALHAMDULILLAH~
Pastu kawan pulak ajak mandi.
Kawan: Zura jom mandi!
Aku: Haishh! Aku sejuk lagi nie.
Kawan: Kiteorang da kotor kaki nie.
Aku: Ko turun ker?
Kawan: Turun la, selamat kan barang kawan-kawan ko. Ko nie apalah. Bukan nak tolong.
(Dalam hati hurmmmmmmmm)
Like I said before, bukan tak nak tolong. (shout)KAKAK AKU TAK BAGI TURUN LAHH.
Tapi tak apa kawan. Kita tetap kawan. Tak terasa sangat pon.
Buat releks, Buat peace.
Pape pon bersyukur la tak jadi pape kat kawan-kawan blok aku.
Sampai sini sahaja entry kali nie. Senang-senang baca lagi. Jangan lupa comment. hihihi
~SALAM ALAYKUM~

Saturday, 28 December 2013

Canggih VS Cikai

Percaya atau tak?
Aku lebih suka barang cikai daripada barang canggih.
Sebab apa?
Mungkin sebab aku lebih arif pasal benda cikai-cikai.
eh! Bende cikai-cikai pon ada sentimentel dia yang tersendiri tau!
barang yang canggih pon ada jugak nilai sentimentel yang tersendiri. 
Tapi tak sehebat barangan cikai tau!
........
Contoh depan mata
HANDPHONE
.......
Aku ada dua handphone. 
Satu cikai


.........
Dan satu lagi handphone canggih


..........
So, dalam pengamatan aku, handphone cikai lebih tahan lasak berbanding handphone canggih.
Fikir logiklah. Korang sampai hati ker nak baling handphone canggih kalau strees?
(Aku terkecuali sebab aku strees tak baling handphone, hihihi)
Handphone canggih nie di perlukan hanya untuk online je(kalau aku la) apabila lappy tiada connection internet. hihihi.
Kalau da pakai handphone cikai pulak kena la ada kredit dalam handphone tu.
tak ada la ketinggalan zaman kalau kengkawang mesej. hihihi
So, macam mana?
Masih nak guna handphone canggih?
`bukankah bersederhana itu lebih baik`
Renung-renungkan, dan selamat beramal~

SALAM ALAYKUM
......................

Budak Perantauan Berhati Kering!


SALAM ALAYKUM
Makin galak pulak aku meng-UPDATE blog ni. Bukan apa. Cuma nak kongsi perasaan di perantauan. 
PERASAAN?
Best. 
Cuma. 
Cuma apa?
Cuma kadang-kadang tu rindu jugak rumah. Rindu jugak orang-orang kat rumah. Nak buat macam mana?
Nak sangat belajar jejauh. 
Hamek kau! hihihi
Okey what?
Duduk jejauh dari keluarga. Ada la jugak rasa rindu yang terbit dalam jiwa yang keras macam aku ni. 
Okey terbukti jiwa aku tak la keras mana. 
So, tak adalah orang cakap aku nie jiwa keras. 
TAPI
..........
Ada orang pernah tanya,
somebody: Zura homesick tak?
Aku: (Dengan hati keringnya menjawab) TAK! 
..........
Nak buat macam mana? Dah jiwa ni suka merantau.
ORANG CAKAP: Jauh perjalanan, Luas permandangan.
Aku merantau ke negeri orang bukan la jauh sanagat.
SARAWAK JERK!
...........

Bak kata orang.
`OVER THE SEA`
(nak jugak sebut!)
hihihi
Okey, jangan jeles. 
Ingat hidup perantauan ni senang ke?
Semudah ABC?
Semudah kacang goreng?
TAK! TAK! TAK sama sekali!
Ada jugak ujian bila hidup di perantauan. 
Ada jugak yang nak kena di korbankan. 
Okey, ada 2 je ujian yang aku tak dapat nak elakkan.
1)Cerita slot AKASIA di tv3 nuh!
Baru-baru nie baru saja aku terlepas dari tengok cerita PLAYBOY ITU SUAMI AKU.
Lepas nie. Tak tau cerita apa pulak yang keluar.
Haishh Aplah nasib!
2)Makanan yang sepatutnya kita makan bersama ahli keluarga kita.
Contonya, aku suka makan spegeti. Time aku tak ada kat rumah la kakak aku rajin memasak ITU dan INI.
Hurmm. Apalah nasib.
..................
My sista. Jangan dok senyum sengsorang baca gua punya blog. 
..........
Tapi bila TIME balik jer


Rasa macam tak sabar nak sampai rumah. 
Itulah sedikit sebanyak perasaan hidup di perantauan.
Okey, sekarang menghitung hari nak balik rumah. 
Assignment berlambak tak buat da berangan nak balik.
Piggggi daa.
Okey hari sudah larut malam.
Jangan lupa follow untuk entry seterusnya.

SALAM ALAYKUM
.........

Friday, 27 December 2013

OBESITI

SALAM ALAYKUM
MEYH. Cek nak kongsi dengan hangpa semua pasai obesiti. okey, Jangan heran dengan bahasa cek. Hari ni cek nak jadi orrang utarra okey. 
Cek nak kongsi ni bukan apa, cuma nak bagi tau yang cek nie pon rrasanya dah tahap OBESITI dah ni. hihihi.
Okeyh. Berbalik pada tajuk kita hari ini pasai OBESITI.
Tau dak OBESITI ni apa ?
HAH! MEYH dok dekat. biaq cek cerrita kat hangpa semua.
OBESITI nie, pengumpulan lemak-lemak hangpa semua kat tisu dalam badan hangpa nuh. 
Ape pulak risikonya?
Banyak tak terkata bak hang.
Boleh jadi sakit jantung, strok, darah tinggi, barah usus, banyak lagi la. Cek nak senarai pon terketaq-ketaq tangan ni hah!(okey tipu jer)


Tengok nuh! Nampak comel kan ? Tapi itu la rupa orang obesiti. 
...........
Kalau nak tau pi tengok nuh PAK CIK GOOGLE.
Die banyak info pasai benda-benda lagu ni. 
Takut tak pasai risiko dia tuh?
Tak pa. Tak pa. Jangan risau. Cek sedia membantu. 
Cenggini!
Hampa semua mesti la kena berseman.
COPPP!
Bersenam tak semestinya LARI!
Kita boleh jugak naik turun tangga, main badminton, berkebun, berjalan, buat kerja rumah, menari dan lain-lain aktiviti yang boleh keluaq kan peluh. 
Okey. Cek tak buat semua tuh!
Pasai tuh cek gemuk lagi ni. hahaha
Dengan buat aktiviti di atas barulah jantung kita boleh bekerja. Boleh kawal gula dalam darah.
Yang paling penting boleh kuatkan tulang kita. 
Yala!
Aku sebagai remaja mesti kuat. Nak kena tolong orang yang kurang mampu nuh!(konon)
........
Okey. Cek rasa jari cek dah berpeluh menaip. Harap-Harap boleh kuruih la lepas nie. (berangan jap)
Sampai sini saja.
.........
Salam Alaykum.

Thursday, 26 December 2013

SUMAYYAH SRIKANDI ISLAM

Jika di tanya kepada orang ISLAM, siapakah SUMAYYAH? Tentu ramai yang mengagumi beliau.
 Kerana apa?
Kerana beliau adalah WANITA PETAMA YANG MATI DALAM SYAHID.
Aku amat kagum dengan keberanian SUMAYYAH sehingga aku bercita-cita ingin menjadi sepertinya.
Walaupun diancam bunuh, SUMAYYAH tetap dengan pendiriannya untuk terus disisi ISLAM.
SUBHANALLAH~
Marilah sama-sama kita menghayati lirik lagu ini~

 Dalam diri selembut sutera
Kau miliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri bak lentera
Dibelenggu jahiliah kau tempuh dengan berani
walaupun jasadmu milik tuan tetapi hatimu milik tuhan
Padang pasir menjadi saksi
Ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring menghadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinar akidah
......
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga 
Walau terpaksa berkorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam 
jasadmu yang tiada bermaya
namun iman didada pun sedikit tidak berubah
.......
Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipta sejarah
......
Sumayyah kau di bunuh di dunia sementara
Untuk hidup si syurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik sebaik manusia
Namamu tetap mencipta sejarah


Apa kata korang ?

Salam Alaykum .
Apa kata korang kalau korang tau korang hidapi satu penyakit yang boleh bawa MAUT ?
Mesti sedihkan ?
Mesti sentiasa berfikir tentang MATI. MATI. dan MATI.
Bersediakah kita ?
Kalau aku pun mesti sedih. Memanglah kita bukan tuhan yang boleh expect keMATIAN.
Sebab JODOH, AJAL, MAUT semua di tangan TUHAN.
DAN
……..
“Orang paling cerdas dan pintar adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah oarng yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat
                                                                             ~Hadis riwayat Shabrani


……….
TAPI
……….
ALLAH tidak akan turunkan ujian yang tidak dapat di tanggung oleh hamba-NYA.
SEKIRANYA KITA DI UJI ,
 Itu maknanya ALLAH sedang menguji sejauh mana KEIMANAN kita terhadap-NYA.

............
JADI
……….
KITA jangan mudah putus asa dengan cubaan yang ALLAH berikan.
KERANA
ALLAH selalu ada untuk hamba-NYA yang selalu ingat DIA.
Jadi aku nak tekan kan disini, ‘berbuatlah kebaikan seolah-olah kamu akan mati pada keesokan harinya dan sentiasalah mengingati mati. 
Meyh nak share doa sikit.
..............



Friday, 13 December 2013

Jubbah dan Perempuan

Thanks to ALLAH, sehingga ke hari ini masih di beri peluang untuk hidup di atas bumi ciptaanNYA.
Okey, sekarang nie aku nak cerita pasal JUBBAH.
Jubah is the most beautiful cloth that I wear ever before. Swear to ALLAH, aku rasa selamat sangat apabila berpeluang pakai jubbah.
Sebab apa berpeluang? Sebab nie semua kerja geng YAHANANA aku. Hihihi
Sebenarnya tak rancang pon nak pakai.
Satu malam tu, aku baru balik dari kelas ICT. Then lepak kat bilik geng YAHANANA aku(selebah bilik je)
Aku masuk je bilik tuh.
Tetiba..
“zura nak pakai jubbah tak ?”
Aku pun da pelik. Sebab ape pelik? Sebab ingat diorang memain.
“korang nie biar betol? Nak kena kan aku aeh ?”
“Ya Allah, zura hang tak caya kan kami?”
“Yela, korang bukan boleh percaya sangat.”
“Kami pon nak pakai jugak zura esok”
“Eh! Betol ke ni ?”
“Betul la”
….
Then aku pon pakai la pada keesokan harinya.
Swear to god, aku rasa aku adalah wanita yang paling cantik sangat(cantek la sangat). Hihihi. Perasan jap.

Tak percaya? Meyh sesame nengok gambar ni. So lepas ni nak beli a few jubbah. Nak buat collection pulak. hihihi 

Okey. Jangan puji. Kami tau kami comell. Hihihi.
Kami anak SOLEHAH..
….
Hah! Comelkan kami? Okey abaikan ketinggian aku.
So, moral of the story.. perempuan nie cantik kalau BERTUDUNG. Lagi cantik kalau tudung dia labuh and ikut syarat dalam Islam. Meyh nak share ciri-ciri tudung yang menutup aurat mengikut Islam.
Tak rugi kalau ikut syarat dalam Islam. Untung lagi adalah. Sebab amalan kita akan di hitung di akhirat kelak. Dengan amalan kitalah, kita akan di decide sama ada kita akan di masukkan ke dalam SYURGA ataupun dicampakkan ke dalam API NERAKA.
Kita nak berubah nie senang je. Tapi nak ISTIQOMAH tu yang susah. Jadi serahkan hati kita pada Allah. InsyaAllah ‘ALL IS WELL’
Okey nasihat ini bukan untuk anda je tapi untuk aku jugak. Semoga kita jumpa keredhaanNYA..
SALAM ALAYKUM..


Sunday, 8 December 2013

First Time !!

Fuh !

Eh !

Assalamualaikum. Akhirnya terCREATE jugak my beloggg. hihihi. Punyalah susah. Bukan susah nak create belogg nie. Tapi susah nak cipta nama dalam belogg nie. Akhirnya terciptalah PENGUIN HIJAU. Cewaahhhhh. Sebenarnya dah lama nak buat belogg nie, tapi tak tau nak mula macam mana. Sebelum nie baca belogg orang jerk. The most belogg that I like is Dena Bahrin (pegi search cepat-cepat). She is the most blogger that I like.

Why ?

Of course la dia comel (macam aku, hihihi).

Lepas da tau macam mana nak buat belogg nie, kat bilik pulak tak ada line. (Sabarkan hati).

Pada keesokkan harinya, (ceh! macam karang penulisan pulak). Aku bangun pepagi(tak adalah pagi sangat), bukak lappy, ada line.

Terus cepat2 buat belogg. Hihihi :)

Now tak sabar nak hias my belogg nie cecantik!

Ok! Sampai sini saja cerita dongeng aku. hihihi. DONE! for the first post

Salam Alaykum .
:)