Jika di tanya kepada orang ISLAM, siapakah SUMAYYAH? Tentu ramai yang mengagumi beliau.
Kerana apa?
Kerana beliau adalah WANITA PETAMA YANG MATI DALAM SYAHID.
Aku amat kagum dengan keberanian SUMAYYAH sehingga aku bercita-cita ingin menjadi sepertinya.
Walaupun diancam bunuh, SUMAYYAH tetap dengan pendiriannya untuk terus disisi ISLAM.
SUBHANALLAH~
Marilah sama-sama kita menghayati lirik lagu ini~
Dalam diri selembut sutera
Kau miliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri bak lentera
Dibelenggu jahiliah kau tempuh dengan berani
walaupun jasadmu milik tuan tetapi hatimu milik tuhan
Padang pasir menjadi saksi
Ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring menghadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinar akidah
......
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa berkorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
namun iman didada pun sedikit tidak berubah
.......
Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipta sejarah
......
Sumayyah kau di bunuh di dunia sementara
Untuk hidup si syurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik sebaik manusia
Namamu tetap mencipta sejarah
No comments:
Post a Comment