LET ME TELL YOU SOMETHING! LET ME TELL YOU SOMETHING! LET ME TELL YOU SOMETHING!

Pergi by Aizat Amdan

Monday, 18 May 2020

Tips Simpanan Bijak

Salam 25 Ramadhan :)

Hari ni Allah gerakkan hati aku untuk tulis kat blog ni. Aku tak reti sangat nak bagi nasihat. Tapi ambillah sebagai pengajaran yer. Aku tau benda ni basic kehidupan je, dan aku percaya ramai orang dah tau. Cuma belum sempat praktikalkan.

Aku paham, musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni ramai yang pening kepala pikir pasal budget keluarga terutama pekerja swasta. Nak-nak dah nak dekat raya ni. Ada yang dapat gaji full, Alhamdulillah, ada yang dapat gaji separuh, ada yang tak dapat gaji langsung, ada jugak yang kena buang kerja (*hugs for all ❤️).

Aku tau memang perit tak ada duit, lagi2 yang banyak tanggungan dan komitmen. Tahun ni ada orang yang beraya macam biasa, ada orang yang beraya sederhana dari tahun lepas, ada juga yang tak kesah pon pasal raya. Sebab apa? Sebab pikir budget punya pasal. Nasih baik tak boleh rentas negeri, kalau balik kampung mau makan modal jugak tuhh.

Panjang pulak intro.

So, hari ni aku nak sentuh sikit pasal Pengurusan Kewangan. Tak kesahlah untuk diri sendiri atau keluarga. Biasa, orang nak dekat raya pening kepala (terutama ketua keluarga). Dan sentiasa harapkan bonus daripada boss. Ini amalan tidak sihat yer teman-teman.


Donald Duck Money GIF - Find & Share on GIPHY


1) Plan Budget @ Simpanan untuk setahun.

Ini sekadar cadangan untuk kawan-kawan. Sepatutnya kita kena buat saving sebelum raya lagi. Setiap tahun, sebelum masuk tahun baru dah kena rangka simpanan @ plan budget korang. Dan ini yang aku amalkan setiap tahun. So, aku tak harap sangat dapat bonus (mengharaplah jugak). So, tahun lepas raya aku meriah sikit. Simpanan aku teruskan simpan (tak usik), bonus aku enjoy. Nak enjoy lebih, tariklah duit simpanan (sikit, jangan lelebih). HAHAHA.

2) Hati kena cekal, kuat, tabah dan sabar.

Kau ingat senang ke nak tahan hati tahan mata, tengok benda yang kau nak beli tapi dalam masa yang sama kena saving jugak. Perit bohh!!! Alhamdulillah, nafsu membeli aku tak kuat sangat (untung siapa dapat aku. HAHAHA) Pendirian aku, daripada beli benda lain, baik aku saving. Kalau korang nak tau, aku belanja mewah time RAYA SAHAJA!! Time raya tuhlah aku akan beli barang yang aku rasa nak beli. Kakak-kakak aku pun dah paham perangai aku.

3) Pastikan ikut plan budget yang dirancang.

Ini gunanya plan budget korang. Untuk pastikan korang follow betul2, korang kena senaraikan segala komitment korang TERMASUK SAVING YANG DIRANCANG. Contohnya, korang nak raya dengan RM1,000 dalam tangan, so berapa kena saving sebulan? Giteuwww je. Kalau ikut plan saving aku, memang gila extreme. Tapi, bila time 'harvest' nanti memang masyuklah. Ikutlah korang, kalau nak lebat sikit tahanlah nafsu berbelanja mewah tuhh.

4) Buat kira-kira kalau nak tambah komitmen.

Aku ada kisah benar nak share pasal kawan aku. Setiap bulan memang boros, selalu tak cukup duit. Dia minta pendapat aku untuk tambah komitmen (Motor). Aku cakap okay je, lagipon memang keperluan dia nak g kerja naik motor. Tapi yang tak okaynya, bayaran bulanan motor yang dia nak amik tuh tinggi weiii. Sampai RM350 sebulan. Sampai bergaduh jugaklah berbincang benda alah ni. Aku memang 100% tak setuju bila dia insist jugak nak amik motor tuh. Sekarang, motor tuh selalu rosak. Paham2 jelah motor mahal, maintanance mesti tinggi babe. Musim PKP ni, motor tuh dah berapa bulan tak bayar. Surat tarik motor dah keluar. Aiyooo.

5) Tolong jangan suka berhutang.

Tak kisah dengan orang ke dengan Bank ke. TOLONG JANGAN! Ini salah satu perangai aku jugak. Aku sangat tak suka berhutang. Kalau sesak sekali pon, biar kau sorang je tau. Orang lain tak boleh tau. Aku  pegang tuh sampai sekarang. Nak beli motor pon bertahun aku kumpul duit nak bayar downpayment motor. Bagi aku, downpayment biar tinggi, bulan2 tak adalah aku sesak nak bayar. Tempoh bayaran pon tak lama, 2 tahun je. Alhamdulillah, dah 2 bulan aku bayar motor walaupun time PKP ni.

***
Dan yang paling penting dalam plan korang kat atas tuh, sentiasalah bergantung harap 100% pada Allah. Tak guna jugak kalau kita saving, asyik bocor je dikemudian hari ataupun time nak harvest tetiba kena bayar itulah, inilah, eh memacam pulak nak kena bayar. Lepas korang dah usaha, serahkan 100% pada Allah. Dan percaya pada rezeki yang Allah bagi, belum bagi dan tak bagi.

Bagi aku, kalau kita dah usaha tapi tetap tak dapat, anggaplah diri sendiri ada salah kat mana2, mungkin doa kita tak cukup kuat, atau mungkin jugak Allah ada perancangan yang lagi baik daripada kita untuk kita. Allah Sebaik-baik Perancang.

Dan semua yang tertulis diatas hanyalah cadangan aku. Mana yang baik, boleh ikut, mana yang buruk, biar kat situ. HAHAHA

Stay Safe, Stay Healthy, Stay At Home. Kita jaga kita.

Wallahu 'Alam

Lots of love ❤️
Zura

Monday, 27 January 2020

Seorang Nurazura

Bismillah..

Assalamualaikum.

Yeah it's 27th January 2020 and it's my birthday. Yehuuu. 

Am I old?

Aku tak tau kenapa aku rasa macam nak cerita pasal diri aku, personaliti aku, attitude aku. And aku jarang sangat nak berkongsi apa2 dengan orang, Maybe this one for my own reminder to me. Mana tau 5 tahun lagi aku da tak macam sekarang. And I think, I've change a lot from the past 5 years ago.  

Aku akan pecahkan cerita aku kepada few group which I react differently. Why? Because I'm INTROVERT. It might boring, so better you stop here. 

So kalau nak kenal aku, here the story...

1. Family

Tetiba macam sebak nak story pasal family. Sebab aku sangat sensitif kalau nak sembang pasal family and macam aku cakap aku tak suka sangat kongsi cerita dengan orang lain (aku da bergenang air mata ni- crying inside) Aku lahir dalam keluarga yang besar, 9 adik beradik and aku anak ke 7. Mak aku meninggal masa aku umur 10 tahun (I cried a lot). Al-Fatihah untuk mak.

Can you imagine how struggle my sister to raised me and others? Aku jenis tak banyak songeh time sekolah dulu. Tak ad duit, duduk diam2, tak ad duit, tak payah nak join lawatan bagai. 

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku time belajar. Aku ingat lagi, time darjah 6, cikgu ada buat seminar luar. Aku cakap aku tak dapat join sebab memang keluarga tak mampu nak bayar. Then Cikgu cakap "Awak kena pergi. Tak apa, saya bayarkan". Terima Kasih cikgu, walaupun result UPSR saya tak membanggakan (lot thanks). Kalau ada lawatan pun aku okay je tak pegi. Sebab aku rasa membazir.

Yes! Kakak aku cakap aku kedekut and I admitted that with No Doubt. HAHAHA. Aku bukan kedekut (defend diri). Cuma aku tak suka membazir untuk benda yang merapu. Daripada beli benda merepek, baik aku saving. Tapi kalau adik beradik nak pinjam duit, aku bagi je (tuh bukan kategori  kedekut en?) 

Aku rasa aku adalah good listener to my family members (puji diri sendiri). Kadang adik aku ada masalah or pape nak cerita, aku onzz jee. Kalau kakak aku ada benda tak puas hati, diorang cerita je kat aku. Kadang aku bagi nasihat, bagi guideline, kadang aku pon join ikut marah. And most of them ada cerita diorang sendiri. I know their secret too. Hehehe 

Satu perangai buruk aku, bila aku nasihat, aku nak orang ikut cakap aku. Yerr, aku tau tak elok kan macam tuh? Kadang aku lupa, Allah yang gerakkan hati manusia untuk terima or tak nasihat tuh. Agak bossy. MY BADDD..

Aku ni dengan family agak rapat jugak laa. Remember I'm INTROVERT? So dengan family je lah aku banyak mulut, banyak membahan. Sampai kadang kakak2 aku suruh aku diam. HAHAHA.

Aku sangatlah malas untuk kemas rumah. Bila kakak aku start cakap "Esok kita kemas rumah", perghh macam ada satu batu hempap bahu aku (hyperbola melampau).  Serious weii, aku bukanlah tak suka mengemas, cuma wrong timing (alasan). Kakak aku cakap aku terlebih hormon lelaki (mungkin).

Argghhh, banyak sebenarnya aku nak cerita how my attitude towards my family. Aku suka marah, aku keras kepala, if i said NO THAT MEANS NO, kaki buli, kaki pau, cakap lepas... Tapi macam panjang berjela pulak nanti. 

So here SOME  story about me and family. I Love My family a lot. And maaf kalau ada salah silap zura yang buat korang terasa. Serious, kalau korang marah, zura yang rasa bersalah sangat sangat sangat. Semoga kita jaga antara satu sama lain dan kekal dalam keluarga bahagia. Aminn.

 My Family ❤️
My Everything ❤️

2. Friends

Dengan kawan2 aku jadi seorang yang sangat sangat berbeza. Aku agak memilih kawan jugak la. Bukan aku pilih yang kaya or yang hebat jee. Korang paham tak maksud aku? Aku tak kawan dengan semua orang.

Yes! Bila orang tegur aku layan je. Cuma berapa lama aku boleh duduk dan layan. Pelikkan aku? HAHAHA. Orang INTROVERT memang gini. Aku ada baca yang golongan macam aku ni, dia ada kawan dia yang tersendiri. 

Aku jenis, kalau pindah tempat baru, aku jadi malu nak tegur kawan tempat lama. Takut aku je yang beriya. And aku pernah terkena weii. Sejak tuh aku tau la aku kawan yang macam mana bagi diorang.

Aku jenis enjin lambat panas. Hah! Kalau da panas tuh, character aku akan bertukar 100%. Lagi2 yang sama umur dengan aku. Lagi kuat aku membahan. Dengan kawan yang umur tinggi sikit tuh aku tak berani nak gurau lebih2. Al-maklumlah, orang tua hati tisu. HAHAHA.

Dengan orang baru kenal aku, akan cakap aku pendiam. Pernah dulu, ada sorang akak tuh cakap, "Zura ni pendiam jee, jangan pendam, nanti jadi dendam", aku sengeh je laa.  And I think she's true. Hehehe 

Aku tak boleh nak marah orang. Kalau aku marah, sama ada orang akan benci aku ataupun aku yang akan menangis. That's my weaknesses. Sebab kalau aku bersuara, ayat aku jadi pedas, pedih, perit, and mostly orang akan terasa dengan aku. Jadi, JANGAN BUAT AKU MARAH. Hahaha.

Aku tak suka nak argue benda remeh. Contoh kalau sembang, member cakap gebang, jenis selalu nak menang, memang aku bagi diorang menang jee. Tak guna fight something yang not worth. Malas layan. Banyak lagi benda aku nak pikir.

Kakak aku cakap aku tak ada kawan. HAHAHA, Aku ada kawanlahh, and they have special place in my heart. Macam aku cakap, tak semua orang aku berkawan.

Kepada kawan2 aku, aku pon sayang korang InsyaAllah dunia akhirat, Aku doakan urusan korang dipermudahkan, and dapat apa yang korang kejar. Kawan aku semua hebat2, dan semoga terus hebat. Aminn.

***

That's it.

Macam aku cakap tadi, ini attitude aku, perangai aku. And maybe akan berubah untuk 5 tahun akan datang. 

Aku rasa entry kali ni macam terpanjang pulak. Selamat berkenalan dengan Nurazura. Doakan jugak urusan aku and family dipermudahkan. Doakan aku better years by years, months by months, days by days. Doakan bisnes aku ngetop. Kalau ada pape, boleh je contact aku. AKU TAK SOMBONG, CUMA SEGAN SIKIT (banyak). I'll always there for uolss.

Semoga dengan bertambah usia, aku semakin kuat, InsyaALLAH.

Lots of Love ❤️
Zura