It's Friyayyy gaiss,
Ada baik ka kawan-kawan?
Sebenarnya ni time kerja aku, and yess aku sedang bekerja sekarang, and also yess aku curi-curi update blog ツ
So sekarang aku bekerja sebagai Account Assistant (not officially) kat F&B Company. Aku akan ada banyak kerja bila Sales Report datang bertimbun-timbun. Sekarang ni memang aku tengah relaks sikit sebab dia belum mari beteyy!! And also aku pernah kerja kat company yang sama as Admin Assistant (layak jadi assistant jee). HAHAHA
Why I resign from the past position?
Sebab position tuh kerja lagi banyak bertimbun nak mateyyy!! Aku kena buat tuhh, aku kena buat ni, kena ingat tuh, kena ingat ni and all that. Huhhh!! Stressss makkkk!! So aku resign sekejap. Waktu tuh aku pikir "Aku muda lagi, banyak peluang lain. Aku fresh graduate. Boleh demand gaji tinggi (walaupun pengalaman just 10 bulan) HAHAHA. Zura Is Always Berangan. HEHEHE
Lepas tuh aku hiduplah sebagai penganggur yang kononnya FRESH GRADUATE. Dulu nak carik kerja payah weiii. bayangkan sekarang macam mana payahnya nak carik kerja. Nak dekat 6 bulanlah jugak aku menganggur. WHAT A LIFE!!
Aku pernah kerja 7-Eleven. Walaupun gaji kecik gilerr berbanding gaji sebelum ni. Kerja aku, angkat barang berat-berat. susun barang cantik-cantik. Then aku resign. AGAIN! Sebab ada pihak-pihak yang iri hati erti kata lain hati manyakk busuk wooo...
AND MENGANGGUR LAGI....
Kali ni singkat sikit masa pengangguran aku. Sebab that time aku rasa 'aku kena kerja weiii, takkan nak duduk saja. Rumah nak kena bayar (walaupun rumah family), bil-bil lain lagi. Oh Men!!
So aku kerja lah sebagai Admin Assistant (assistant lagii) kat kedai motor, tapi aku bahagian spare part laa. So kerja aku senang gilerr plus dekat giler dengan rumah. Gaji dia mula-mula memang rendah, tapi lepas 3 bulan naik, lepas setahun naik lagi. Ini company cina, so aku merasalahh cuti seminggu time raya diiorang, makan kat hotel, time raya diorang, bonus Hari Raya setahun (walaupun belum setahun).
So satu hari tuhh, aku saja tengok-tengok iklan jawatan kosong, suddenly aku nampak company lama aku (sekarang aku kerja) bukak jawatan kosong yang aku isi sekarang. Aku contact balik boos lama. supp sapp supp sapp. Dapatlah aku kerja sini dengan gaji Alhamdullah cukup makan, cukup pakai, cukup bayar itu, cukup bayar ini.
Ni part sedih sikit. waktu aku da beberapa hari nak resign tuhh, taukey aku baru tau aku nak resign. Sebab aku bagi surat resign kat anak dia. Mungkin dia susah nak lepas kan aku (MUNGKINNNN), dia siap offer aku gaji sama dengan yang sekarang ni. HEHEHE. Aku bukan tolak tuah, tapi aku nak cuba buat benda baru pulak. Lagipun aku da sign offer letter. And semua orang macam support gilerr aku untuk terima offer ni. I LOVE YOU ALLL!!
Maka, bermulalah aku di company yang lama dengan position yang berbeza. HAHAHA. Semua masih sama nothing change much.
So korang yang menanggur tuhh, yang tengah berusaha carik kerja, ataupun memang dah bekerja, teruskan usaha korang. Allah pandang usaha korang tuh. Jangan patah semangat okayy!
Chaiyookkk!!
**Nanti aku share macam mana aku spend gaji aku (walaupun cara ni korang dah tau) HAHAHA.
klik Tips Simpanan Bijak
Stay tuned gaisss.
adioss,
Salam Alaykum ツ

No comments:
Post a Comment